Bab 7 – Itulah Manusia

Pulang dari kerja sekitar jam 6 petang itu aku sudah keletihan; sangat letih sehinggakan aku tidak sedar bahawa aku tertidur dengan masih memakai pakaian yang samaku gunakan untuk ke tempat kerja hari ini. Kerana sudah tidur lebih awal dari biasa, sekarang sudah hampir pukul 10 malam pun mataku langsung cerlang. Aku malas termenung saja. Jadi aku bingkas mengemas pinggan mangkuk di atas meja belajar yang telahku gunakan lalu mencucinya bersih dan kemudianku simpan lagi dengan teratur. Pakaian di almari sudah sedia teratur semuanya kerana beberapa hari yang lalu telahku kemas sebaik sahaja menghuni blok E yang terpencil ini.


 

Andai dapat digambarkan, apabila disingkap tirai yang menutup jendela cermin bilik kami maka akan terlihatlah pokok-pokok menghijau seakan hutan belantara. Hanya kami tidak pasti betapa tebal atau tidak saja keadaan hutan itu. Bilik ini kelihatannya agak usang berbanding bilik-bilik lain yang pernahku huni sebelumnya. Begitu juga perabotnya, kemudahan seperti tandas, bilik mandi dan beberapa perkara lain. Namun boleh dikatakan agak selesa kerana ada perkhidmatan mesin dobi layan diri. Jadi, tidak perlulah aku kuatir bilik dilanda 'banjir' setiap kali mencuci pakaian. Tempat ampaian baju yang agak jauh dari bilik juga menambah lagi kesulitan. Terpaksalah aku hanya menyangkut pakaian basah di bilik sahaja.


 

Kak Hani yang pulang ke kampung saat ini pasti sudah berehat-rehat bersama keluarganya kerana telah bergerak awal-awal pagi lagi, kuatir perjalanannya kemalaman. Kehadiran insan-insan baru dengan perwatakkan yang berbeza juga datang dari latarbelakang kehidupan keluarga yang berbeza memberi seribu hikmah kepadaku. Begitulah juga ceritanya apabila Kak Hani muncul dalam novel hidupku. Sebenarnya pada awal pagi ketika kami sama-sama berpindah ke blok C, kami sudah terserempak sesama sendiri di jalan. Mungkin kerana masing-masing sibuk membawa barang untuk berpindah blok, jadi kami tidak bertegur-sapa. Namun kehendak Allah SWT tiada siapa dapat menghalang. Rupa-rupanya Allah SWT mencuit hati kami. Itulah pertama kali kami bertemu.


 

"Eh.. dia ni agaknya roommate baru aku…"


 

~@}---


 

Kesepian malam yang mendamaikan. Saat ini memang waktunya yang amat mencengkam hati Sakinah. Hatinya yang sangat lembut itu mulai menitiskan airmata pula. Dia masih ingat akan peristiwa perjalanan hujung minggunya yang lalu. Bersama para sahabat NasyidFM yang baru ditemui kali pertama itu, Adila serta Kak Isma, mereka mengambil pengangkutan awam untuk ke Ekspo Jom Halal di Stadium Kajang. Malam itu ada persembahan nasyid dan sambil itu dapatlah 'cuci mata' menjenguk-jenguk gerai yang menjual pelbagai produk halal. Itulah pertama kali aku mencecah kaki ke Kajang setelah 3 bulan bekerja di UKM Bangi yang hanya beberapa minit sahaja perjalanannya dari Kajang ini.


 

Suasananya sangat sesak, maklumlah hujung minggu. Terpaksalah berdiri sahaja di dalam KTM komuter ini. Tidak mengapa kerana perjalanannya hanya dari KTM UKM ke Kajang tidak begitu jauh. Sakinah yang berdiri terlalu hampir dengan Kak Isma dan Adila hanya melempar pandangan ke luar tingkap komuter yang bergerak sekejap laju sekejap perlahan. Tidak lama kemudian terdengar suara pemberitahuan destinasi seterusnya yang semakin hampir. Apabila komuter terhenti, pintu terbuka dan berebut-rebutlah manusia yang keluar dari perut komuter ini. Begitu selesai manusia yang keluar, manusia yang masuk pula berpusu-pusu mengejar tempat duduk andai terdapat yang kosong.

"Abang nampak, dik. Abang nampak,"tiba-tiba suara lelaki cacat ini mengatasi suasana hiruk komuter.

"Takdelah, bang. Diorang tu dah kawin agaknya,"sangkal seorang lelaki yang disebelahnya seorang lagi berkopiah putih. Di dada masing-masing tergantung kad matrik Universiti Islam Antarabangsa.


 

"Abang nampak, dik. Diorang berpegang-pegang tangan. Adik Nampak diorang tu macam sudah berkahwin ke?"


 

Pertanyaan yang sangat pasti dari lelaki cacat itu tadi membuatkan kedua-dua pelajar UIA Gombak itu tergamam. Tersipu-sipu juga dia kemudian tersenyum sinis sesama sendiri. Sudah pasti mereka tahu status pasangan yang disebutkan oleh lelaki cacat itu tadi. Perbualan mereka itu mulai menarik perhatian Sakinah yang berada hanya dua tapak dari mereka bertiga.


 

"Macam manalah orang kafir nak pandang mulia agama kita ni, dik. Kalau kita sendiri yang cemarkan agama kita?"

"Cuba adik fikir. Bukan tak ada orang kafir yang tertarik dengan agama Islam ni. Ramai sangat, dik,"sambungnya.

"Tapi mereka jadi was-was nak masuk agama Islam. Sebab apa?"ceramahnya lagi melebar.


 

Sakina menarik pandangannya ke tepi dinding sekaligus menarik badannya agar bertentangan dengan ketiga-tiga pemuda itu. Perbualannya semakin menarik, Sakinah tidak mahu ketinggalan walau sedikit butir huruf pun. Sebenarnya sejak awal lagi melihat kewujudan ketiga-tiga lelaki itu sudah menarik perhatian Sakinah kerana pakaiannya yang menarik. Sakinah memang gemar melihat lelaki berkopiah. Tampak segak dan sangat menyejukkan hati. Sayangnya bukan semua pemuda zaman kini yang selesa berkopiah andai keluar dari rumah. Hanya mungkin berkopiah sewaktu ingin menunaikan solat, atau mungkin kerana sudah menjadi undang-undang fakulti atau tempat pengajian masing-masing.


 

"Waktu sekarang ni semua orang marah kalau ada pihak yang mempersendakan agama Islam. Tapi lihatlah sendiri orang kita. Melakukan maksiat di khalayak ramai pun sudah tidak ada sifat malu. Sedangkan dengan sesama manusia pun sudah tidak rasa malu, inikan pula dengan Allah SWT?"


 

Saat ini tubir mata Sakinah sudah tidak dapat menahan bendungan airmata. Lalu berderai ia bagaikan kaca yang menghempas ke lantai. Lewat niqab yang hitam pekat itu, biarpun tiada siapa yang bias melihat, namun Adila merasai getarannya. Adila menggapai tangan Sakinah lalu diusap lembut. Biarpun begitu Sakinah menyembunyikan jua apa yang dirasainya itu. Takut ketahuan umum, jadi aneh pula nantinya.


 

Tidak lama kemudian lelaki cacat tadi sudah menemukan destinasi untuknya keluar dari perut komuter itu. Dengan daya yang dia punya, dia cuba bangkit sendiri. Khalayak hanya memerhati pegun. Dua lelaki muda yang berdialog sama tadi masih dalam tergamam. Pintu komuter hanya terbuka untuk beberapa minit sahaja. Tiba-tiba ia tertutup sewaktu lelaki cacat tadi masih baru mencecah kaki kanan ke stesen tersebut. Kedua-dua pemuda tadi dengan pantas menarik pintu sekuat mungkin. Ada penumpang yang menepuk-nepuk dinding komuter sambil menjerit-jerit meminta pintu dibuka. Dengan pantas seorang pengawal di stesen tersebut memberi isyarat kepada pihak tertentu untuk membuka pintu komuter. Sebaik sahaja lelaki cacat itu selamat keluar dari perut komuter, dia menoleh ke belakang lalu mengucapkan terima kasih sambil tersenyum manis.


 

~@}---


 

Ya Allah.. sungguh aku ini sangat malu, Ya Allah. Bagaimana seorang lelaki cacat itu mampu berdikari hidup di dalam duniamu yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini? Bagaimana seorang lelaki cacat itu mampu menjadi manusia yang sempurna? Malulah aku ini yang mempunyai cukup sifat, cukup anggota serta dikurniai dengan nikmat akal yang tiada sedikitpun cacat atau tercela.


 

~@}---


 

Pagi Isnin yang selalunya menjadikan aku megah bangga berada di hadapan sekumpulan kanak-kanak; generasi anak bangsa yang bakal menggegarkan dunia. Namun pagi ini tidak dapatku hadirkan diri ke sekolah itu. Hanya duduk di rumah menghadap tangga rumah, dapur, papan sterika dan komputer riba. Kesihatan yang semakin tidak mengizinkan ini selalu membuatkan aku semakin bersedih kerana aku ini amat merasakan bahawa aku sudah banyak menyusahkan orang lain. Ya Allah...

"Mak suruh diam, adik tak nak diam. Nanti mak marah baru tau!"suara perempuan separuh umur itu agak tinggi sedikit sejak tadi diam sahaja.

"Dik.. dah la tu. Jangan nangis. Nanti lagi sakit. Dah.. diam ya sayang?"pujuk Kak Liza

"Ye.. erm.."

"Sudahlah tu. Tadi kata nak diam. Kenapa nangis lagi?"suara lelaki yang memandu pula kedengaran.

"Diam.. diam.. taknak nangis"Sakinah memberi semangat kepada dirinya.

"Tu tak diam tu. Nangis lagi. Kalau diam tentu dah tak ada bunyi lagi,"suara lelaki itu semakin parau.

Sakinah diam seketika. Ampusnya masih tidak henti. Lalu tidak lama kemudian dia menangis lagi. Itulah sebenarnya sifat manja Sakinah yang sejak kecil tidak dapat dikikis oleh dirinya sendiri, apatah lagi keluarga malah jauh sekali rakan-rakan. Dia tidak kuat melawan dugaan walau hanya sedikit. Akalnya seakan tidak mampu berfikir langsung! Memang hakikatnya dia sangat keras kepala. Namun sekeras-keras batu, terhakis jua dek titisan air. Mudah lemah andai dipuji dan dipujuk.

Tidak lama kemudian kereta Proton Saga perak yang dinaiki mereka melingkar di hadapan rumah sewa tempat Sakinah dan rakan-rakan menyewa. Lelaki remaja yang memandu tadi hanya diam sahaja sambil memerhati dari tingkap pintu tempat duduknya. Tiga orang perempuan yang lain bingkas pantas keluar dari perut kereta tersebut sambil masing-masing menuju ke pintu tempat duduk Sakinah. Sakinah cuba dipimpin untuk masuk ke rumah tetapi kelihatannya agak uzur. Lalu dengan pantas kak Faqirah memikul sedaya mungkin. Menitis lagi airmata Sakinah melihatkan keadaan itu. Kasihan dihatinya melihat orang-orang yang dikasihi bersedih atas musibbah yang menimpa dirinya.

Malam itu semua yang hadir cuba menenteramkan Sakinah yang hanya asyik menangis sambil menghela nafas peritnya. Helaan nafas semakin menyempit. Dada semakin sakit. Namun tangisnya masih belum bisa reda. Apalah yang mengganggu fikirannya sehingga tidak mampu menenteramkan dirinya sendiri, bahkan rakan-rakan yang hadir juga tidak mampu berbuat sedemikian jua terhadapnya.


 

~@}---


 

Sepanjang perjalanan menyelusur Bandar DiRaja itu Sakinah hanya tegar menajamkan akalnya melalui pembacaannya. Buku kali ini bertajuk Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul tulisan Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Terasa di hati seperti di sindir melalui tali-tali kata sang penulis yang tegar bermain bicara. Namun sebenarnya hati Sakinah tidak begitu menggemari penulisan buku ini kerana baginya nampak seperti ingin bermegah dengan diri sendiri sedang kemegahan itu hanya milik yang Maha Hakiki. Mungkin sahaja jika Sakinah terus berfikir negatif begitu, penulisan buku itu tidak akan diteruskannya untuk membaca. Namun segala yang ada di dalam buku itu insyaALLAH adalah ilmu. Diteruskan jua walau mata berpinar-pinar.

Pandangan tajam terhadap penulisan buku motivasi itu akhirnya Sakinah larikan pada keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa. SUBHANALLAH!! Kehijauan yang ketara ketebalannya, hanya itu bukan hutan semulajadi kerana kesemuanya adalah pokok sawit. Terkadang Sakinah berfikir bagaimana agaknya keadaan lantai kawasan itu. Tentu ada banyak tikus, ular dan pelbagai haiwan berbisa. Andai Sakinah terperangkap di situ, apakah agaknya yang bakal berlaku? Ulahan terus dibiarkan berlalu sambil matanya terbuka luas namun hanya Allah SWT yang tahu sejauh mana akalnya menerawang.


 

Hampir tidak sedarkan diri, rupa-rupanya kenderaan MPV itu sudah berada di lebuhraya Nilai. Laju sungguh abang memecut sang Myvi, bimbang patah kakinya nanti! Sakinah menutup buku motivasi yang dibacanya tadi kemudian ditutup matanya rapat-rapat. Hanya mungkin mata yang tertutup rapat, telinga masih mendengar dengan jelas. Bukan mencuri dengar perbualan orang, tetapi telinga yang tidak dapat ditutup semerta matanya.


 

Punggung sudah mulai kepedasan. Entah sudah tiba dimanalah agaknya mereka ini. Sebaik sahaja diberitahu sudah tiba destinasi, Sakinah bingkas membuka pintu kereta. Tidak perlu diamati lama-lama suasana sekitar kawasan itu pun Sakinah sudah dapat pasti dimanakah mereka. Di Melaka, rumah kak long Sakinah. Ada apa agaknya ya? Sakinah sekadar menurut.


 

Di rumah itu hanya seketika sahaja kerana setelah ayah dan abang usai solat maghrib dan minum-minum ringan, kesemuanya di arah oleh kak long untuk ke satu tempat yang asing buat Sakinah namun sebenarnya sudah agak biasa bagi yang lainnya. Dari luar jalan menuju masuk ke satu lorong terdapat satu papan tanda tertulis MADRASAH dan rupa-rupanya di dalam terdapat satu tempat perubatan tradisional. Bagi Sakinah, pedulikanlah apa jua yang berlaku asalkan niat dihati telah dipasang awal-awal, Lillahi ta'ala. Mencuba sebarang jenis perubatan yang dirasakan diterima syara' dan dengan niat tidak menyimpang selain untuk ikhtiar, insyaALLAH, semoga diterima oleh Allah SWT.


 

"Ada rasa berdebar tak?"

"Tak,"ringkas jawapan Sakinah tatkala disapa oleh pemilik tempat perubatan tersebut.


 

Sakinah tidak hairan jika perubatan di situ menggunakan kaedah mesin perubatan secanggih mana pun, ubat-ubatan sekuat mana pun, yang penting semuanya sama ada yang baik mahupun buruk adalah datang dari Allah SWT. Tidak semestinya jika datang kebaikan itu untuk bersenang-lenang. Tidak juga semestinya jika datang keburukan itu untuk diuji. Namun baik buruknya sesuatu perkara yang dirancang Allah SWT pasti dijanjikan-NYA hikmah. Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang-orang beriman dan syurga bagi orang-orang kufur.


 

Terkadang menjengah perasaan tidak percaya dihati Sakinah mengenai perubatan cara ini. Kerana peralatannya tidak bisa dilihat mata kasar! Tidak lama kemudian Sakinah dipanggil untuk baring di satu katil pesakit, bersebelahan Sakinah adalah ibunya. Masing-masing melakukan perubatan yang sama oleh petugas di situ dengan suasana ceria dan ramah sekali.


 

"Kenapa nak kena tarik ni?"

"Entah, tak tau. Cubalah tanya dia,"jawab si ibu menjuihkan bibir ke arah si anak dara di kirinya.


 

Petugas itu hanya tersenyum. Tidak lama kemudian petugas itu masing-masing meletakkan sejadah di atas kedua beranak itu. Dengan bacaan tertentu yang pastinya hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, sejadah itu diangkat dan diletakkan semula separas dada. Sesekali si petugas menekan abdomen pesakit. Seperti meletakkan sesuatu di atas sejadah itu. Tidak pasti apakah gerangannya, namun tetap dapat dirasai oleh pesakit. Tunggu beberapa minit, kemudian sejadah ditarik perlahan-lahan.


 

"Maaf ya. Saya minta izin,"pinta si petugas untuk melangsaikan kerjanya. Sakinah hanya mengangguk malu-malu. Ditariknya sejadah tadi dari paras dada turun ke perut ditekan sedikit dan terus melepasi kaki. Setelah selesai, kedua-dua petugas tadi beralih arah pergi kepada pesakit lain pula. Tidak lama kemudian si pemilik tempat perubatan itu pula yang datang menjengah.

"Ini tak ada lain ni.. nak kawin,"jerkahnya bersahaja itu membuatkan Sakinah kaget.

"Bila nak kawin? Tahun depan?"soalnya lagi. Sakinah hanya tersenyum malu. Sukar baginya mengakui perkara yang sehingga kini pun masih belum beroleh jawapan yang pasti. Di sebelahnya ibu. Lebih baik biar orang tua itu yang menjawabnya. Adat perempuan andai ditanya untuk kawin hanya akan tunduk malu-malu tapi di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Bang.. doa-doakanlah. Terbuka hati orang tua tu,"kedengaran suara sang ibu.

"Kenapa?"

"Orang jauh.. naik belon!"

"Ohh.. kenapa jauh sangat? Orang kampung sendiri kan ada? Nuu.. duduk depan sekolah!"matanya memandang Sakinah.


 

Sukar sebenarnya untuk Sakinah meluahkan kata. Bukan tidak mengimpikan bersuami orang dekat, dan tidak pula pernah menolak bersuamikan orang jauh. Itu semua ketentuan Allah SWT. Sebagai manusia ini hanya mampu merancang, dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Namun yang sudah nampak usahanya kini, itu yang dipegang oleh Sakinah. Sakinah tidak mahu menjadi munafik kerana memungkiri janji. Pilihan itu bukan Sakinah buat secara membabi buta. Sudah diselidik kisah diri sang arjuna. Biarlah bukan dari keluarga hartawan, biarlah bukan dari keluarga ilmuan dan biarlah bukan dari keluarga rupawan. Namun kehalusan akal yang dimiliki sang arjuna, kekentalan semangat menyelusuri kehidupan penuh onak berduri lingkar serta wajah sejernih wuduk nan tawadduk indah tahajjudnya yang kemilauan di kegelapan sepertiga malam. Itu yang dicari Sakinah.

Bab 6 – Adin Elmubarrok

Hari ini tidak dapatku melangsaikan tugasan menghantar e-mel kepada ketuaku, dek kerana panahan petir yang merosakkan sambungan talian internet. Lalu aku sekadar meneliti, mencari-cari sesuatu di dalam thumbdrive ku, andai ada yang bisa aku lakukan sebagai tugasan hari ini. Aku terjumpa kembali fail aplikasi pemprosesan perkataan(Microsoft Word) yang bertajuk Adin Elmubarrok; saat ini aku terkenang kembali perbualan di Yahoo Messenger(YM) bersama seorang "cowok cakep" yang kini sedang menjalani kuliah di Al-Azhar, Mesir. Sengaja aku menyimpan setiap butir perbualan kami itu kerana ingin berkongsi dengan seluruh muslimat yang ingin mengetahui akan sedikit kupasan berkenaan isu berpurdah.

Pada awal perkenalan kami, di laman web Nasyid and Friend; sama keadaannya seperti Friendster, Myspace, Facebook dan banyak lagi. Hanya mungkin di Nasyid and Friend kami bisa berhibur mendengar radio Nasyidfm yang dikelolakan oleh dj bertugas. Aku juga dahulu pernah menjadi dj di Nasyidfm itu, namun desakan kehidupan yang sentiasa berubah ini membutuhkan aku meninggalkan dunia penyiaran radio di dunia virtual itu.

Lalu aku terpandang akan alamat YM si cowok ini, ku ambil dan tambahkan di YM ku. Lama juga aku menanti respon darinya namun tidak pernah kelihatan. Aku pasti pelajar Al-Azhar bukan mudah mempunyai waktu terluang untuk berYM. Sepertimana yang pernahku kenali melalui Fizi, Latif, Kak Nuur dan ramai lagi. Mereka juga pelajar dari Al-Azhar, Mesir. Kesibukan menjalani kuliah, desakan hidup di perantauan yang sudah pastinya bersuasana pelik itu tetap membakar semangat cowok cakep bernama Adin ini untuk meneruskan kuliahnya di bumi Anbia itu. Aku juga mulai ingin ke sana setelah menyelami kehidupan Ayat-ayat Cinta melalui kacamata El-Syirozi.


 

adin Elmubarrok    : betul kok

adin Elmubarrok    : tak salah orang ini

adin Elmubarrok    : adin

Aku            : kenapa gak bilang dari tadi?

Aku            : selamat sore

Aku             : bikin penasaran !

adin Elmubarrok    : selamat sore ...tapi kalau milikku baru pagi kak

Aku            : di Malaysia udah sore

Aku            : sobahun nur adin

adin Elmubarrok    : sobahul khoir ka

Aku            : di sana udah jam brapa ?

adin Elmubarrok    : biasanya anak anak indo itu malah bilangnya sobahul ful

adin Elmubarrok    : sekarang jam 8 kak

Aku            : sama aja kok.. ucap selamat juga kn ?

adin Elmubarrok    : yupz


 

Kehidupan masyarakat di Malaysia yang sudah biasa bergaul dengan orang dari Indonesia, kesesakan ruang pekerjaan yang diisi oleh warga Indonesia, sudah pasti membuatkan rakyat Malaysia sendiri tidak janggal walau sedikitpun. Tambahan pula di televisyen sudah banyak menyiarkan program-program drama dari negara itu yang sudah pastinya menggamit hati kerana perjalanan kisahnya yang lebih menyayat hati, berani menonjolkan apa yang tidak mampu dilihat dari kacamata warga Malaysia sendiri. Mungkin kerana itu juga aku bisa berbahasa Indonesia, sedikit sebanyaknya.

Aku             : emangnya kamu bangsa apa ?

adin Elmubarrok    : maksudnya???

Aku             : hihihiii..

Aku            : aku gak tau mau nanya gimana

Aku            : erm.. (berfikir sejenak)

Aku            : kalo aku tu.. aku jawa

adin Elmubarrok    : bisa bahasa jawa kak????

Aku            : bisa dikit kali?

Aku            : hihihi

Aku            : aku biasa nguping.. kalo ibu lagi ngobrol ama temen

adin Elmubarrok    : lho yang dari jawa itu siapa???

Aku            : kakek

adin Elmubarrok    : kok sering nguping????dimarahi lho

Aku            : hik hik hik..

Aku            : ya iya.. dimarahi juga sih

Aku             : aku kan bandel

adin Elmubarrok    : ough juga bandel

Aku            : kakek asli dari indo..

Aku            : aku bandel gak keras.. kan udah dewasa heheheheee

Aku            : wktu kecil ya mungkin

adin Elmubarrok    : kalau kecil bandel tapi kalau besarnya jahil

Aku            : huhuhu.. gak ah !

Aku            : udah baik kok

adin Elmubarrok    : berarti dahulu sempat jahil donk

Aku            : ya.. sempat


 

Pernah aku ceritakan kepadanya mengenai datukku yang aslinya berasal dari Indonesia. Kesahihannya aku ketahui dari ayah yang pernah menceritakan bahawa datuk berasal dari sebuah kawasan kampung bernama Kebumin, entah masih ada atau tidak nama kampung seperti itu saat ini. Aku juga pernah bertanyakan hal yang sama mengernai kampung kelahiran datukku itu kepada seorang rakan di tempat kerja sewaktu aku bergelar 'Minah Kilang'. Rakanku itu sememangnya berasal dari Indonesia, lalu dia berkata bahawa kampung itu jika tidak silapnya adalah kawasan perkampungan sawah padi. Sekadar mendengar cerita, aku sebenarnya berharap agar dapat melihat sendiri kampung asal datukku itu.

Aku            : gimana ceritanya ya.. kok bisa sampai tanah arab?

adin Elmubarrok    : aku???

Aku            : iya

adin Elmubarrok    : iya aku dulu dah kepengen banget gitu

adin Elmubarrok    : sejak aku masuk aliyah

Aku            : aliyah ? apaan tuh ?

adin Elmubarrok    : aliyah itu sekolah sebelum jenjang menuju universitas

Aku            : SMU ? apa.. SMA ?

adin Elmubarrok    : aku itu sudah pengen baget belajar ke mesir gitu

Aku            : lalu ?

adin Elmubarrok    : ya sejajar dengan SMA dan SMU

adin Elmubarrok    : tapi aku beda

adin Elmubarrok    : aku dari MAPK(madrasah aliyah program Khusus)

Aku            : ohh..

Aku            : kalo di Malaysia itu.. sama kayak sekolah tinggi agama

adin Elmubarrok    : ya hampir mirip

Aku            : lalu.. gimana terus bisa ke mesir ?

Aku            : ada yang bantu?

adin Elmubarrok    : lha terus ikut ujian seleksi

adin Elmubarrok    : yang diadakan oleh departemen agam

Aku            : oh..

Aku            : biaya gimana ?

adin Elmubarrok    : setelah mengikuti tes dan alhamdulillah lulus

adin Elmubarrok    : terus masalh biaya ya lumayan

Aku            : jayid ?

adin Elmubarrok    : alhamdulillah

adin Elmubarrok    : melebihi standar yang ditentukan

Aku            : alhamdulillah.. y namanya rezeki ALLAH itu gak ada batasnya ya ?

adin Elmubarrok    : yupz

adin Elmubarrok    : 100 untukmu deh


 

Perbualan yang semakin memutik bunga keakrabannya. Aku mulai minat tentang diri cowok ini. Membaca kisah awal dia berhijrah ke bumi Anbia itu, aku terfikir pula berkenaan ibu bapanya. Bagaimana mereka membenarkan dia melanjutkan hajatnya ingin menjalani kuliah di Mesir? Jaraknya sudah begitu jauh itu, perbezaan cuaca, matawang yang pastinya mengugat keselamatan perbelanjaan harian, serta kerinduan ibu bapa tatkala anak bongsu mereka dilepaskan berada jauh dari mata.

Aku pasti ibu bapa Adin adalah manusia yang mementingkan cita-cita dan kejayaan hidup anak-anaknya. Lihat saja abang dan kakak Adin, abangnya sudah bekerja sebagai guru dan baru sahaja mendirikan rumahtangga manakala kakaknya masih melanjutkan pelajarannya di Sekolah Tinggi Akutansi Negara di Jakarta. Dan Adin sendiri, di Al-Azhar Mesir kebanggaanya.

Aku             : kamu punya pacar ?

adin Elmubarrok    : alhamdulillah belum

Aku            : hik hik hik.. bisa masuk deh aku

adin Elmubarrok    : I'm single. I'm veri happy

adin Elmubarrok    : masuk????masuk kemana kak???

Aku            : huhuhuuu (lalu aku menunjukkan ikon wajah kemerah-merahan/malu)

adin Elmubarrok    : lho kok jadi malu gitu

Aku            : aku tadi lagi canda..

adin Elmubarrok    : jadi humaira

Aku            : aku bilang mau "masuk" itu.. mau jadi pacar kamu

Aku            : hik hik hik


 

Untuk manusia yang mengejar ilmu, pasti nafsu ingin mempunyai teman itu tidak terlintas di fikiran mereka. Sebagaimana yang aku lihat mengenai suasana tempatku bekerja. Andartu, itu perkara biasa. Namun aku pasti ada hati yang terdetik mengatakan apakah mereka ini tidak punya nafsu untuk mendirikan mahligai rumahtangga, hidup berteman, seterusnya mempunyai anak dari rahim sendiri dan berkeluarga besar. Lain orang, lain ragamnya.

Kali ini mula kami membicarakan mengenai cinta. Ya, mereka juga manusia. Mereka cinta ilmu, mereka juga manusia yang Allah SWT ciptakan mempunyai nafsu untuk mencintai manusia. Hanya mungkin kerana desakan terhadap sesuatu di jalan yang mereka pilih itu membutuhkan mereka lebih fokus kepada satu cabang sahaja. Sepertimana Rabiatul Adawiyah yang terlalu 'Ibadah Minded' sehinggakan tidak punya waktu untuk memikirkan tentang perkahwinan.


 

adin Elmubarrok    : harus ada syaratnya...

aku            : wah.. kayak mau nikah pangeran !!

adin Elmubarrok    : lho tuan ratu dapat seoarang raja harus melalui seleksi

aku            : punya syarat segala

aku            : kalo bisa aku tau.. apa syaratnya ?

adin Elmubarrok    : berarti tak sanggup nch

aku            : siapa bilang ?

adin Elmubarrok    : just kidding lh

aku            : huhuhu.. kamu lucu deh

adin Elmubarrok    : syaratnya shalat istikharah

aku            : kalo aku.. syarat calon suamiku..

adin Elmubarrok    : apa??

aku            : harus yang gak pernah ninggal shalat tahajjud

adin Elmubarrok    : wah bagus tuh

aku            : kalo lagi perang.. manusia y gak pernah ninggalin solat tahajjud itu pasti dapet bantuan dari ALLAH


 

aku            : nah.. karena itu.. aku gak mau putus dari dapetin bantuan ALLAH

adin Elmubarrok    : subhanallah

adin Elmubarrok    : kakak pasti sudah tahu rahasia dari shalat ya

adin Elmubarrok    : sampai segitu....

aku            : aku juga perlu blajar

aku            : harus ingat..

aku            : setiap apa pun yang ALLAH ciptakan, yang ALLAH rencanakan.. semuanya ada sebab


 

adin Elmubarrok    : betul kak

aku             : dan shalat itu adalah salah satu senaman, utk kesihatan

adin Elmubarrok    : 100 lagi dch

aku            : baik sekali sih kamu ?

aku            : aku ngomong² kosong aja.. udah dapet 200 point

aku            : untung aja bukan uwang

aku            : kalo uwang.. kaya deh aku

adin Elmubarrok    : hehehehe (derai tawaku, mungkin begitu juga ekspresi dia di tanah Anbia)


 

Sebenarnya kata-kata penjelasanku tadi adalah ilham dari Novel Sejarah Islam yang Kak Zubaidah pinjamkan kepadaku. Sememangnya amat sukar untuk membuat pemilihan tentera yang bakal turun ke medan perang turut berjuang bersama para sahabat, pahlawan terbilang dan pemuda-pemuda yang darahnya bergelora mengejar keredhaan dan sebagai ganjarannya ialah mendapat syurga Allah SWT. Kerana terlalu ramai yang menawarkan diri untuk ikut berjihad, namun kenderaan serta kelengkapan perang yang ada sangatlah terhad, maka pemimpin angkatan perang ketika itu memerintahkan pemilihan dibuat. Di dalam pemilihan itulah disoal beberapa perkara diantaranya ialah mengenai solat tahajjud. Ternyata pemilihan yang dibuat itu sangat berkesan dan hasilnya adalah kejayaan umat Islam ketika itu. Gemilangnya Islam.


 

Duhai Tuhan yang Maha Merencanakan setiap sesuatu, ampunilah hambaMu yang hina ini. Permudahkanlah urusanku serta bakal suamiku, walau siapapun dia. Permudahkanlah urusan kami agar dapat kami berhimpun bersama menuju redhaMu.


 

adin Elmubarrok    : kakak sudah pernah baca matematika islam??

aku            : maksud kamu ?

aku            : yang gimana ? apa maksud "Matematika Islam" itu sendiri ?

adin Elmubarrok    : nha didalam matematika islam itu nanti menjelaskan tentang rahasia shalat. Kenapa shalat kok menggunakan ruku' sujud segala itu ada apa sebenarnya???


 

aku            : ohh.. kalo itu.. aku udah baca kok

adin Elmubarrok    : namanya matematika islam

aku            : di Malaysia.. doktor yang lagi kaji tentang shalat itu juga datang dari non muslim ! kaget gak ?


 

adin Elmubarrok    : sama

adin Elmubarrok    : aku juga kaget

adin Elmubarrok    : kenapa orang yang meniliti tentang tafsir alquran itu malah orang barat


 

adin Elmubarrok    : yang bernotabennya orang non muslim

aku            : doain aja.. mereka itu dapet hidayah ALLAH moga terhindar dari bencana neraka


 

adin Elmubarrok    : amien


 


 

Itulah kesahihannya yang sedang berlaku kini. Malah pernahku dengar dari Naqib serta Naqibah di kolejku dahulu mengatakan bahawa ketua paderi yang paling terkenal pun pernah berkata bahawa orang Islam itu tidak akan tumbang walau digasak dengan tentera kebal sekalipun sekiranya masjid-masjid seluruh dunia dihidupkan; solat lima waktunya meriah sepertimana solat sunat Aidil Fitri.


 


 

adin Elmubarrok    : kakak boleh tanya???

aku            : insyaALLAH.. bisa kok

adin Elmubarrok    : kakak memakai cadar ga???

aku            : iya pake

adin Elmubarrok    : ough gitu

aku            : bekerja juga pake

adin Elmubarrok    : kita 'sharing' yuk kak

aku            : bisa

adin Elmubarrok    : aku pengen banget tahu tentang cadar nih

aku            : kamu yang mulai duluan.. bisa?

adin Elmubarrok    : okelah..(mulai akur)

adin Elmubarrok    : sejak kapan kakak menggunakan cadar itu???

aku            : niatnya udah lama.. pengen banget. Namun gak punya kekuatan. Udah begitu.. aku nyimpan aja hasratnya


 

aku            : Lama-lama.. sesudah aku masuk alam pekerjaan, aku tinggal sorang diri.. takut. Takut di usik ama orang. Aku mula nyari bahan.. tentang cadar.. hadis/sirah

adin Elmubarrok    : gitu

aku             : sirah mngenai kapan mulai disuruh menutup muka dgn cadar.. dan apa sebabnya


 

aku             : kalo mngikut sirah.. pada jaman nabi, ada lelaki yang disuruh memake cadar karena kuatir kalo ada lelaki yang menyukainya.. lalu itu kan udah jauh dari syariat Islam ?


 

aku            : kuatir kalo sampe jadi maksiat.. lelaki ama lelaki.. homoseks namanya kan ? (sambungku lebih panjang melebar)


 

adin Elmubarrok    : yupz

aku            : pada jaman kita pula, manusia lagi nutup muka kok

aku            : kan lagi penyakit H1N1.. tau gak ?

adin Elmubarrok    : iya.. penyakit flu babi


 


 

Sedikit pengalamanku curahkan kepada adikku ini agar dia mengerti apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemakaian yang disebutnya sebagai 'cadar'; penutup muka bagi wanita yang biasanya disebut 'purdah' atau 'niqab'. Sukar untuk dimengerti jika bukan mengalaminya sendiri. Bagiku, memakai niqab bukan perkara mudah. Masih segar dalam ingatanku ketika hari pertama aku ke tempat kerja dengan memakai jubah hitam ungu, bertudung labuh ungu serta niqab sedondon. Apakah riaksi orang terhadapku? Orang menganggap niat suciku ini seperti permainan.


 

"Kau sebenarnya nak ape, hah? Kau nak main-main ye?"jerkahnya.

"Taklah.. ape pulak main-main?"jawabku bersahaja. Sambil tangan dan mata menghala ke komputer yang hendakku baiki.


 

"Kau nak buat macam ini, buat ape?"

"Saya memang nak macam ini,"pertahanku.

"Kau tau tak.. bende ni khilaf?"

"Khilaf.. kau tau?"diulangnya lagi sekali.


 

Dua orang lagi dikelilingku hanya menggetus tawa. Walau hati ini sangat pedih namunku husnuzan sahaja.


 

"Kenapa sebelum ni kau tak pakai pun macam ni?"kata-kata orang yang tidak berpuas hati.

"Saya memang dah lama fikir nak pakai macam ni. Tapi belum ada kekuatan. Alhamdulillah.. Allah dah beri kekuatan pada saya,"


 

Aku terus beredar apabila kerjaku selesai di bilik pejabat, sekolah ABIM SRI Seremban. Pedihnya kata-kata yang dilempar ke atasku bagai telah merobek-robek seluruh jasadku, dilapah dengan kejam. Menitis airmataku sewaktu pulang ke bilik BBM (Bahan Bantu Mengajar). Di situlah aku ditempatkan sejak pertama kali aku menapak kaki di SRI Seremban. Beberapa orang guru ada juga yang keluar masuk dari bilik itu memberi kata-kata semangat serta pandangan mereka.


 

"Biarlah dik, apa orang nak kata. Yang penting niat kita baik. Pakai purdah bukannya perkara jahat. Akak sokong!"


 

"Yang berkata-kata tu cuma tiga orang. Cuba adik fikir, takkan kerana kata-kata tiga orang tu adik dah boleh patah semangat sedangkan yang menyokong adik lebih ramai dari tu,"tambah lagi kata-kata pembakar obor semangat dalam diriku. Ku seka airmata dengan lengan jubah hitamku. Aku bangkit kembali sehingga kini, aku masih istiqamah dalam hijab yang menjaga maruahku. Alhamdulillah.


 

Pada adikku Adin ini telahku perjelaskan kepadanya bahawa perempuan berniqab ini bukan kerana waraknya terhadap agama, jauh sekali seorang perempuan yang cantik. Aku menegahnya dari berfikiran begitu kerana perempuan seperti aku ini berniqab kerana mahu menjaga maruahku. Itu sahaja. Kerana kecantikan seorang perempuan itu bukan terletak pada kecerahan wajahnya, kebersihan kulitnya, kegalakkan matanya memandang atau kepetahannya berkata-kata menggoda. Namun kerana kecantikan seorang perempuan itu terletak pada kecantikan rohaninya. Cintailah aku kerana agamaku, andai hilang agamaku maka hilanglah cintamu terhadapku.

Bab 5 – Hidup ini penuh ranjaunya

Sengaja aku membiarkan lagu itu berdendang berulang-ulang kali. Biar dapatku hayati setiap bait lirik lagu sang pujangga itu. Begitulah aku; hanya mahu mempelajari alam kejadian sekelilingku yang membawa aku kepada mengingati Tuhan semesta alam ini pada tika aku dilambung ombak; ranjaunya di sepanjang perjalanan belukar hidupku.


 

Namun ranjaunya tidak akan sunyi

Selagi denyut nadi belum berhenti

Durjana syaitan kan cuba menodai

Segumpal darah bernama hati…

 
 

Jemari menghentikan dendangan lagu Destinasi Cinta nyanyian Mestica; kumpulan nasyid tanahair yang agak terkenal di zaman serba pesat membangin. Maksud aku, penasyid seperti mereka yang gemar tampil dengan imej segar keremajaan serta lagu-lagu ketuhanan yang harmoni itu masih dapat diterima oleh segelintir manusia contohnya aku sendiri.

Aku kemudiannya mengambil sehelai kertas laluku renung lama. Di mindaku; ku fikirkan seperti inginku lakar sesuatu. Oh ya, memang aku ingin lakarkan sesuatu. Lakaran peta perancangan matlamat dan arah tuju hidup aku sendiri. Kak Mas yang mengajarku tentang cara membuat peta ini. Aku masih ingat matlamat dan arah tuju aku yang pertama sekali yangku minta Kak Mas lakarkan. Aku ingin membeli sebuah kereta pada jangka masa dua tahun terdekat ini. Berdasarkan gaji pada waktu itu darab bahagi dengan jumlah bulan dan wang pendahuluan untuk tarik sebuah Viva, dapatlah jawapan berapa jumlah wang yang perluku simpan setiap bulan sehingga cukup 2 tahun.

Itulah sebahagian dari resepi kejayaan. Bak kata Kak Mas, kalau nak jadi umat yang Berjaya mesti kena ada matlamat dan hala tuju. Beberapa hari yang lalu aku ada membincangkan perihal matlamat dan hala tuju bersama seorang sahabat siber.

Apa yang dapat dikupaskan melalui perbincangan ringkas itu ialah mengenai perbezaan diantara matlamat dan hala tuju. Aku mengambil pendekatan termudah iaitu andaikan aku adalah seorang pelumba lari. Hala tuju aku adalah garisan penamat. Namun untuk sampai ke garisan penamat itu aku memerlukan perancangan yang dinamai matlamat; berlari sepantas mungkin untuk menjadi juara.

Persoalannya.. apa yang dapatku lakarkan di atas sehelai kertas di hadapanku ini? Ianya kosong. Mindaku yang kosong. Namun bezanya, ia putih bersih. Tidak seputih bersihnya ia adalah hatiku. Tidak sebersih suci hati lelaki itu. Seorang lagi Adam yang telah lama wujud dalam duniaku. Namun sejak saat keberapa dia mulai merenungku? Aku tidak ketahuinya.

 
 

~@}---

 
 

Perjalanan ke pusat Bandar mungkin mengambil masa hanya 45 minit andai kupandu kereta sendiri. Namun aku tak punyai pilihan lain selain menaiki bas. Lalu aku akan sampai ke sana dalam 1jam saja lagi. Sabar..

Banyak ragam manusia yang dapatku temui di sini. Di dalam perut sebuah kenderaan awam bernama 'Bas'. 1 Malaysia; warga berbilang bangsa, berbeza agama, pelbagai bahasa serta kebudayaan. Semua dapat dilihat di sini.

Sedang asyikku melihat pelbagai gelagat manusia, baruku sedari ada insan di sebelahku yang juga hanya membungkam. Aku sedar, untuk manusia biasa yang melihat diriku pasti pelbagai persoalan yang menerjah di kepalanya. Aku tersenyum kepadanya. Namun tiada jawapan balasan darinya. Itu sudah pasti. Bagaimana dia tahu aku mengirim sedekah kepadanya sedangkan senyumanku tidak kelihatan?

 
 

"Terima kasih, uncle,"

"Okay"balas pemandu bas yangku naiki tadi.

 
 

Sebaik sahaja turun dari bas, aku mengorak langkah ke tempat duduk di perhentian bas. Cuba menghilangkan lelah sepanjang perjalanan di dalam bas tadi. Aku memesan segelas teh ais sahaja memandangkan belum waktu untuk makan tengahari.

 
 

~@}---

 
 

Sejak dari tadi lagi aku melihat perempuan itu melambai tangan. Pada akukah? Setahu aku, aku tidak pernah mempunyai kawan seperti itu, bertutup habis! Nampak dua biji mata saja. Entah apa agaknya yang dia mahukan ya?

 
 

Haris melangkah menghampiri perempuan misteri itu.

"Haris! Lama tak jumpa?"

"Er.. siapa ya?"ibu jarinya menuding ke arah perempuan misteri itu.

"Hai, Teddy Bear… makwe sendiri pun tak kenal?"tawanya meletus.

Dihati Haris :- "Mana nak kenal kalau dah berselubung habis?"

Dari panggilan 'Teddy Bear' saja sudah dapat cam, siapa pemilih tubuh berselubuh ketat ini. Sakinah!

 
 

Agak lama juga mereka berbual kosong di situ. Sudah hampir dua tahun tidak bersua biarpun mereka sekampung. Perkenalan sejak di gelongsor Tabika lagi, tidak mungkin memecahbelahkan perhubungan mereka biarpun mahligai cinta yang pernah dibina satu ketika dahulu sudahpun berkecai di tengah jalan.

"Sebenarnya aku ke sini sebab ada meeting dengan business partner aku,"

"Ehem.. meeting ke.. dating?"seloroh si hawa.

"Eh.. meeting-lah. Baru-baru ini aku join
business kawan aku tu. Alah.. saje 'suka-suki',"

"Business apa? Macam best je?"

"Business makanan segera. Aku fikir kalau kau nak join sekali pun bagus juga. Yelah.. orang perempuan lebih arif tentang makanan ni kan?"puji Haris menggiat si hawa di hadapannya.

"Ah.. tak juga. Tengoklah Chef Wan tu. Lelaki zaman sekarang dah ramai yang lebih arif kerja-kerja perempuan,"

"Kerja-kerja perempuan yang lelaki tak boleh buat cuma mengandung, beranak dan menyusukan anak saja,"kedua-duanya meletus tawa.

"Tau pun. Eh, tunggu punya tunggu.. mana business partner kau tu? Janji pukul berapa?"

Direnungnya muka jam. Seingat Haris tadi, mereka berjanji dan setuju untuk bertemu di situ pada pukul 10.30 pagi. Sekarang masih baru pukul 10 pagi.

"Setengah jam lagi kot?"agak-agaknya.

"Eh.. kau pula ke sini ada apa? Dating ye?"seloroh Haris kembali kepada Sakinah.

"Pakwe pun dah lari.. mana nak ber-dating?"tawa lagi meletus.

"Aku ingat nak pergi kedai komputer, survey barang sikit. Kalau ada yang berkenan baru aku beli,"

"Barang-barang komputer ni sentiasa update. Contoh paling mudah, kau tengok pada software sajalah. Memang tak terkejar. Kita baru master layan Adobe Photoshop CS2, sekarang ni dengar-dengarnya dah keluar versi CS4. Versi CS3 pun aku tak tengok lagi!"hujahnya panjang lebar.

"Erm.. aku nak join meeting kau boleh tak?"

"Eh.. boleh saja. Sejak tadi lagi aku dah pelawa kau,"

"Hehehe.. ingatkan ajak-ajak rimau je,"

 
 

~@}---

 
 

Sebaik sahaja selesai perbincangan kali itu, dia terus meminta diri untuk pergi memenuhi keperluannya pula. Hanya tinggal aku dan Haris. Aku memandang wajah Haris dengan pandangan kaku. Seperti tergamam.

"Kenapa Ril? Terpikat?"seloroh Haris. Matanya seakan mengejek.

"Eh.. apelah kau ni! Mana ada.."cubaku nafikan.

"Dia tu bekas awek aku waktu kitorang sekolah menengah,"

"Baik budaknya.. sesuai dengan kau, Ril,"tubuh Syahril ditepuk ramah.

 
 

Wajah Syahril merah padam. Biarpun ramai yang salah anggap mengatakan dia kaki perempuan hanya kerana tampangnya saja, namun hakikatnya dia amat sukar untuk mendekati perempuan selain mak. Ada adik-beradik perempuan pun dia kurang rapat.

Haris merenung wajah Syahril seketika. Ada butir-butir manik peluh dingin di dahi lelaki itu. Haris tahu ada degupan naluri ingin tahu di hati Syahril. Naluri ingin tahu terhadap seorang gadis berpurdah yang baru sebenar tadi duduk sama dengan mereka.

"Ril.. aku nak gerak sekarang,"

"Ni.. HADIAH untuk kau,"sengaja Haris tekankan perkataan HADIAH itu merujuk kepada secebis kertas tisu yang tidak kosong.

"Aku fikir lebih baik kau cuba yang ini,"Haris beredar sebaik mereka berjabat tangan.

 
 

Syahril masih tinggal di tempat duduk yang sama. Sukar untuk mendekati malah untuk bertemu gadis seperti itu pun belum pasti. Namun apa yang ada di hadapan matanya tadi bukan fantasi. Dan nombor telefon yang tertulis di kertas tisu itu pun bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ilusi.

Honda Civic dipandu lancar perlahannya. Sebaik 45 minit lagi menemui destinasinya, kereta itu terhenti. Lelaki itu menepuk dahi. Aduh.. nampaknya ada yang masih belum beres. Mencari ruang yang sesuai lalu steering kereta diputar, memutar arah ke jalan bertentangan; menjauhi destinasi yang sudah hamper.

"Ril.. balik nanti jangan lupa singgah rumah Pak Teh,"

'Mak pesan dah banyak kali. Sampai aku naik meluat. Tapi macam manalah aku boleh terlupa juga?'getus hatinya.

 
 

Usapan hati terus membelai lembut. Sekarang sudah jadi kerja pula nak mengharung semula perjalanan hampir sejam tadi. Di dunia ini memang penuh dengan dugaan. Redha sajalah. Harap-harap tak kehabisan minyak di tengah jalan nanti. Menambah lagi satu kerja pula nak mencari stesen minyak!

 
 

~@}---

 
 

Kedinginan malam yang menggigit dan kesunyian itu yang menggamit. Menyulam pasrah di hati yang menghiasi hamparan kekosongan akal. Kesunyian ini membutuhkan teman bicara, teman tawa jua teman berduka.

Wahai Tuhanku.. selama ini tidak pernahku mendambakan teman seindah Solehah. Apakah semua kedukaan ini balasan pada kealpaanku terhadapMu Ya ALLAH? Andai isteriku yang Solehah, pasti semua ini tidak akan berlaku. Wahai Tuhanku.. aku mengharap seorang isteri yang Solehah, penyejuk mata penenang di hati. Pengubat duka laraku, juga ibu mithali.

Setelah selesai berdoa, dia bingkas dari sejadah dan menuju ke sebuah bilik kecil bersebelahan bilik tidurnya

'Nur.. ayah sayang Nur…' dikucup pipi si kecil yang lena.

Lalu menitis airmata kedukaannya.

 
 

~@}---

 
 

Setelah apa yang berlaku, setelah cinta yangku semai tidak berbuah, malah sedikit pun pohonnya tidak merimbun. Aku benci semua ini. Aku tidak mengerti mengapa semakinku membencinya, semakin aku merasakan amat memerlukannya. Apakah pengertian semua ini? Apakah jawapan bagi semua persoalan ini?

Dan setelah puasku mengkaji, apakah keputusan yang bakalku laksanakan ini yang terbaik buatku? Aku mengerti apa itu cinta yang halal dan aku mengerti apa itu cinta yang haram. Namun sejauh mana dapatku pertahankan kesucian cinta yang hakiki?

Ya ALLAH.. aku tidak tahu lagi apakah rasanya cinta? Apakah rasanya apabila dicintai? Sepertimana pernahku lalui dan rasai.. mencintai itu amat pedih. Penuh dengan keperitan sehingga meragut jiwa, luka yang terlalu dalam hingga habis dari dasar isi daging! Wahai Tuhanku.. aku tidak menyemai dendam walau sebesar butir pasir pun, biarpun hatiku dilukai. Namun mengapa aku tidak dapat menerima kehadiran lelaki ini?

Semangatnya tinggi berusaha meneruskan hidup dari bawah biarpun dia mampu mengecapi kemewahan dalam kadar yang segera. Hidup yang cukup bersederhana. Biarpun kelihatan seperti orang yang biasa bersosial namun itu bukan hakikat bagi dirinya. Sesungguhnya dia adalah seorang lelaki biasa. Bukan ustaz yang selama ini cubaku cari kerana ilmu agamanya yang mampu membimbing hidupku ke jalan yang benar. Bukan sarjana yang mendesakku mengejar ilmu dunia demi mengejar harta dunia. Dan bukan juga pengurus syarikat persendirian yang kaya-raya. Dia hanya manusia yang pernah alpa.

Memang benar dia sama sepertiku. Sejak pertama kali kami bertemu, berbual biarpun tidak begitu mesra; dapatku teliti dan kenali dirinya serba sedikit. Lalu ilham dari Ilahi Robbi menerjah di mindaku. Aku mesti dalami insan yang diberi nama Syahril ini. Pasti ada sesuatu yang tersimpan dalam dirinya. Pasti ada jawapan buat persoalan-persoalan yang selama ini meragukan aku. Pasti kerana itu ALLAH pertemukan kami, kerana segala yang disusun oleh ALLAH subhanahuwata'ala itu di sebaliknya dijanjikan hikmah. =)

Bab 4 – Aku dan duniaku

Pedulikan apa orang nak kata asalkan aku tahu niat hati aku baik. Aku tak mahu menjadi beban pada orang lain. Aku bahagia dengan cara aku.


 

"Husnuzan" kata yang sudah agak lama tidakku dengari itu tiba-tiba meniti di bibir Kak Zubaidah.

"Itulah.. kita ni manusia biasa. Kadang-kadang.. bukan kita suka sangat pun nak burukkan orang,"

"Tapi itulah.. tak boleh nak kata apa-apa pun kak. Saya redha saja,"sampukku.

"Asalkan kita selalu fikir ambil yang positif saja, insyaALLAH.. kita takkan buruk sangka pada orang lain,"sambungku.


 

Akulah jaguhnya dalam menyusun dan menutur kata. Namun tatkala musibah melanda, akulah pelakon telenovela airmata paling terkemuka. Bertambah tidak dapatku tanggung tubir mata dari membenarkan airnya mengalir saat mendengar suara kasihnya Fauzi dihujung talian telefon. Entah mengapa seluruh perasaanku tidak dapatku lindung darinya. Saatku gembira, di sisinya aku terus lepas ketawa. Saatku berduka, esak tangis yang terus berlari menerpa seakan ingin merangkul erat batang tubuhnya andai dia halal bagiku.

Tengahari itu aku menjamah nasi campur bergandingan dengan minuman the ais kegemaranku, ditemani Kak Zubaidah yang setia selalunya membawa bekalan makanan sendiri dari rumah. Sambil berbual-bual perihal masalah yang melanda aku, aku rasakan putik mesra begitu mudah menguntum. Indahnya persahabatan dalam ISLAM =)

 
 

~@}---


 

Tambah perkenalan baru lagi dan lagi di dalam hidupku. Tidak pernah padam selagi pelita jasad masih bersumbu dan minyak adalah rohnya. Pada hari ini aku ditempatkan pula di bangunan Makmal Kepelbagaian; begitulah nama yang mereka gelarkan pada tempat ini. Berbual sebentar tidak cecah 5minit pun ummi sudah mahu beredar. Ada tugas lain yang menantinya di luar sana. Aku diperkenalkan kepada Kak Rasyidah, Kak Nazirah yang juga seorang RA(Researcher Asistant) kepada Dr. Hanafi, serta beberapa jasad lain di situ; yang pastinya tidak mudah untukku simpan kesemua nama, gambaran wajah malah jauh sekali perwatakan peribadi mereka masing-masingnya di dalam otakku yang berlemak tepu!

Dunia seakan asing lagi buatku. Soalan-soalan yang singgah di cuping malasnya dijawab. Sudahlah mulutku berat hendak mengajak mereka berbual. Tak mahu menjawab soalan mereka nanti aku pula dilabel "SOMBONG".

"Student FPI(Fakulti Pengajian Islam) ke?" jikaku jawab "Tidak" datang pula soalan lain. "Dulu ambil degree dimana?" laluku jawab "Oh, saya cuma ada sijil kemahiran, dari Kolej Komuniti,"membangkit pula soalan lain, "Jurusan apa?" aku jawab lagi "Sistem Komputer", apa agaknya respon terakhir darinya? Mereka selalunya akan menjawab "Oh…" agak panjang, sambil melirik mata mengekor sekujur tubuhku; atas ke bawah, bawah ke atas. Hanya mungkin tidak begitu meliar pandangannya. Mereka pasti tidak percaya bagaimana "Budak Kecil" ini boleh berada di dunia yang "Besar" ini.

Bagaikan apabila terburu-buru memilih untuk terjun dari tebing yang tinggi. Andai kepala yang tiba dahulu ke dasar, kepala pecah. Andai kaki yang tiba dahulu ke dasar, kaki patah. Andai hidup, hiduplah menderita. Andai mati, matilah tersiksa. SESUNGGUHNYA DIANTARA DOSA-DOSA YANG TIDAK ALLAH AMPUNKAN ADALAH DOSA ORANG YANG MEMBUNUH DIRI. NAUZUBILLAHIMIN ZALIK!!

Begitulah selalunya aku. Begitulah yang selalu dilemparkan terhadap insan bergelar "Wanita". Orang selalu kata, perempuan selalunya suka bertindak dahulu, kemudian baru berfikir. Mungkin nampak dimana seperti itu, tetapi pada hakikatnya kami berfikir juga!

 
 

~@}---

 
 

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk mula semester baru. Pasti ramai siswa yang sudah mulai melambai tangan pada kampung halaman, rumahku syurgaku dan kembali menggapai tangan memaut dahan Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Pasti banyak hati yang tidak sabar menanti hari pendaftaran semester baru yang akan mendatang. Pasti ramai pencinta ilmu yang sudah tidak sabar ingin berlumba-lumba bersengkang mata mengulangkaji pelajaran demi memegang segulung ijazah, berdiri megah berjubah hitam dipersada kejayaan. Itulah impianku. Impian yang tak mungkinku biarkan musnah. Aku masih mampu untuk menjadikannya kenyataan, insyaALLAH.

Kak Hana sudah beberapa kali memberi SMS kepadaku bertanyakan mengenai keadaan di hostel, mengenai kenderaan awam dan kemudahan-kemudahan yang lain. Tentu Kak Hana juga mengatur langkah rapi untuk pulang ke Kolej Pendeta Za'ba ini.

Padaku semua kekalutan ini menambah gusar hatiku. Bermulanya tahun baru nanti akan bakal bermulalah lagi episod baru dalam kehidupanku. Aku yang akan menamatkan kontrak perjanjian kerja sebagai Pembantu Penyelidik di UKM ini hanya memiliki dua kemungkinan; samada akan menetap di satu lokasi asing kerana memulai kerja di tempat baru atau pulang ke kampong 'menanam anggur' istilahnya dewasa ini. Aku tidak mungkin akan berpatah balik. Itu prinsip hidupku. Biar apapun yang bakal terjadi aku tidak akan sekali-kali berpatah balik untuk terus berada di sini. Maaf ummi. Episod kali ini sangat perit buatku. Aku tidak berdaya untuk meneruskannya. Izinkan aku memulai episod yang baru, jauh darimu.

 
 

~@}---

 
 

Kisah monyet yangku cintai menawan hatiku mencuri roti dan hati, kisah kambing yangku rindui menunggu daku di pintu syurga setelah terkorban di Hari Raya Korban, dan kisah Mek Kelate yang mencari "Wad Kencing Masam". Semua adalah kisah yang membuatkanku tersenyum, menahan ledakan tawa yang berlavakan kegembiraan dan mengukir memori indah terhadap insan yang baruku kenali.

Kadangkalaku terfikir mengapa aku sering bertemu manusia baru, perwatakan mereka sangat berbeza, lahir dari latarbelakang keluarga yang sangat berbeza dan masing-masing mempunyai kisah tersendiri. ALLAH itu Maha Mengetahui setiap apa pun jua. Hanya aku yang tidak mengerti dan kadangkala pula bongkak memilih untuk tidak mahu mengerti serta mencari erti setiap apa yang terjadi. Apabilaku buka mata seluas-luasnya baruku lihat keadaan sebenar. Bukan semua yang lahir dari keluarga baik-baik itu akan baik juga jadinya dan bukan semua yang lahir dari keluarga 'kurang baik-baik' itu akan 'kurang baik' jadinya. Sedangkan mutiara paling berharga pun berasal dari butir pasir tak bermakna. Sedangkan Panglima Ikramah jua berbapa kandungkan Abu Jahal.

Aku masih belum begitu mengenali insan yang diberi nama Azman ini. Dia istimewa padaku. Bukan kerana cinta manusia, tetapi kerana mendamba cinta Tuhan kami yang Esa. Aku menyanjung dia kerana menegur demi mendidik, bukannya menegur dengan mengherdik!

Bab 3 – Bukan mudah melupainya…

Dikala satu waktu yang amat terkesan dengan kata-kata nasihatnya. Biarpun sekadar bertemu di dunia maya, hatinya terusik. Apakah kerana dia seorang wanita? Yang hatinya begitu lembut, begitu rapuh. Bagaikan rumput semalu. Disentuh sedikit mulai berubah.

Ketika ini malam begitu dingin. Tidak sunyi kerana masih kedengaran detik rintik hujan mengenai atap zink rumah. Dingin betul. Seperti jika tulang temulang bisa berbicara, ia akan berkata "Oh.. sejuknya."bagai ingin rapuh.

Lalu kedengaran bunyi telefon bimbit, bukan berdering kerana kecanggihan memaju membolehkan telefon bimbit kini pelbagai irama. Bukan sekadar "ring-ring".

"I miss you, girl"

Sms datangnya dari seorang manusia yang amatku kenali. Lelaki comel, montel, manis mukanya lebih manis dari madu! Namanya dahulu pernah bertahkta dijiwaku, begitu juga namaku di jiwanya. Namun kini apabila bertemu, dia seakan kayu keras tanpa perasaan. Dan aku? Sama sahaja seperti ini; anggapnya masih sebagai seorang kenalan yang baik sekali.

Aku masih ingat ketika dia dating bertemu denganku, meminta aku membantunya membuat lakaran lukisan untuk barangan syarikatnya. Ya, telahku lakukan dengan sempurna; tanpa dendam ataupun prasangka syaitan! Geli hatiku melihat gelagatnya yang seperti seekor kucing liar yang apabila diusik mulai mencolot ketakutan.

Anggapanku seperti tidak mengambil peduli akan semua itu. Rindu.. ya.. hatiku merindui dia. Lelaki comel bermulut manis seperti Hairul takkan dengan mudahku lupakan

Lalu smsnya ku balas.

"I miss you 2 3 4 5 6 and more!"

Jawabnya Cuma dengan perkataan sesingkat "Thanks". Aku giat lagi dengan bertanya khabarnya, mak dan abahnya. Perkenalan kami, keakraban, percintaan yang cukup dasyat membuatkan dia bagaikan kelu setiap kali bertemu denganku. Dengan tindakannya yang sering ingin melarikan diri meninggalkan aku, membuatkan aku mengerti. Masih ada cintaku yang tersisa dihatinya. Nafikanlah! Aku tetap tahu itulah hakikat.

Hakikat mengenai aku; setiap lelaki yang pernahku cintai, mereka semua tidak dengan mudah dapat melupakan aku. Kerana aku tahu kekuatan yang ada di dalam diriku. Aku tahu keistimewaanku. Aku bijak mengambil hati mereka tatkala masih bergelar kekasihnya. Namun apa yang aku mahukan di dalam setiap perhubungan yang tercipta? Entahlah… aku sendiri tidak mengerti. Mungkin kerana itu semua percintaan yang terbina gagal. Kerana tiada matlamat, biarpun ada usaha dan keikhlasan.

Oh.. kasihan mataku sudah keletihan. Ada lebih cabaran yang perlu aku tempuhi menjelang esok. Sebaiknya aku tidur, berehat menghilangkan lelah penat bekerja seharian. Semoga ada rezeki untukku esok hari. Semoga apa yangku hajati bisa dikabulkan oleh Yang Maha Kuasa. Sayangku akal, jangan bermimpi yang tidak-tidak ya? Hatiku, semoga tenang tatkala telinga mendengarkan alunan gemersik zikrullah ini. Tubuhku.. berehatlah sebaik-baiknya.

 
 

~@}---

 
 

Seawal 6 pagi dia sudah bangkit dari tidur; mensucikan tubuh dengan sedingin air kolah, lalu pakaian yang sebersihnya disarung ke tubuh. Seusai wuduk, dia terus solat subuh. Tidak tertinggal zikrullah di bibirnya, menjadi nyanyian pagi setiap hari. Hari ini terasa agak ingin bermalas-malasan saja di rumah. Suzairi lalu bergerak lemah kembali ke kamar beradunya kemudian tidur lagi, masih dengan baju melayu hijau muda dan kain pelikat; pakaian solatnya tadi.

Gelap! Hitam pekat sepekatnya. Langsung tidak dapat melihat apa-apa. Perasaan tidak tentu arah. Seperti mual, seperti pusing, seperti takut.. Entahlah.. Lama-kelamaan, gelapnya menghilang seperti ditiup angin. Ada sebuah pohon rambutan; rending sahaja. Berbuah merah lebat. Tatkalaku duduk di bawah litupan dedaunannya, perasaan seperti sejuknya mencurah ke hati. Oh.. enaknya berada di sini. Tidak begitu jauh dari situ, ada seseorang duduk tenang. Aku tidak pasti siapakah dia. Wajahnya juga aku tidak dapat mengecam dengan pasti. Tetapi sesaat terpandang dirinya, perasaan seperti sejuknya mencurah bukan sekadar ke hati. Permai sungguh, damai sungguh.

Dengan kudrat kekuatan tubuhku menghampiri batang tubuh itu. Sepontan aku mendakapnya laluku kucup dahinya. Tidak lama selepas itu dia menghilang entah kemana. Eh? Aku menangis? Mengapa aku menangis?

 
 

"Astaghfirullahal azim!!"

'Tertidur aku rupanya..'getus dihati Suzairi.

Tangannya menyeka airmata, nafasnya di atur bagi menghentikan sedu tangisan alam mimpinya. Entah mengapa agaknya di dalam tidur pun dia bisa menangis sebegitu rupa? Persoalan memang mendatang. Namun lebih baik dibiarkan saha ia berlalu tanpa jawapan pasti, kerana dia sendiri tidak pasti. Ah.. perencah tidur.

 
 

~@}---

 
 

Aku dan cinta yangku semai ini bagaikan tidak akan ku temui garis pemisahnya. Tiada garisan ufuk yang memisahkan kaki langit dengan bumi. Hanya kesamaran pada biasan pandangan mata ini. Jauh di atas sana terlukis takdir yang bakal berlaku. Apakah pelangi mewarnainya setelah kilauan petir menyambar dan benih hujan merintik ke bumi?

Masih ketika yang sama; lewat malam beransur awal pagi hari seterusnya. Kepala terasa sakit sekali. Seperti dihempap batu bata. Aku pun tidak tahu setahap mana penyakit migraine yang aku alami ini. Tetapi yang pastinya, sakit yang amat sangat hinggakan ingin meletup bebola mataku!

 
 

~@}---

 
 

Tangannya memicit kepala. Masih amat terasa sakitnya kemudian tangannya beralih ke leher pula, merasakan hangatnya tubuh ketika itu. Seusai menonton Drama 3 Janda di Astro, dia bangkit kembali ke kamar beradu. Di hati ingin terus beradu saja; menyambung pemberaduannya yang tersentak tadi. Namun kesakitan itu membatasi nafsu. Hampir sahaja dia tergelincir ketika menuruni anak-anak tangga menuju ke kamar. Jalannya sudah terhuyung-hayang.

 
 

~@}---

 
 

'Ish.. kenapa tak boleh tidur ni? Esok pagi-pagi lagi dah nak kena keluar cari barang untuk renovate kedai. Ish.. menyampah betul!!'merungut saja.

Jejari halusnya menyapai beg alat solek. Berus, pensil mata, blusher, eye shadow, bedak.. semua dikenakan ke muka. Serba tidak kena. Dicubanya pula baju-baju di almari. Dari yang fesyen lama ke fesyen baru. Kemudian disuai padan pula. Aduh.. semakin serba tak kena. Dia sendiri tidak tahu, apa kena dengan otakknya? Terlalu ligatkah ia bergerak berfikir sehinggakan amat sukar untuk melelapkan mata? Apakah yang difikirkan sehingga lena bukan lagi nafsu?

Bab 2


 






Di keheningan malam yang kedinginannya mencengkam erat peparu. Menyesakkan nafas, menghimpit di dadanya. Sesekali mata melirik ke muka jam di dinding. Peluh menitik membasahi baju melayu padanan serona warna dengan kain pelikat yang disarungkan ke badan sewaktu ingin menunaikan solat isyak tadi. Nafas cuba dikawal sebaik mungkin agar kembali normal. Tangan-tangannya yang sekian tadi menggeletar kini mulai terasa ingin kaku sedikit. Dia memejamkan mata erat-erat.

"Nas..."tiba-tiba terasa dadanya dibelai lembut.
"Sakit ya?"kedengaran lagi suara yang sama. Lantaran memaksa matanya melihat akan siapa pemilik suara itu. Nafasnya tidak mengencang, namun sakitnya tetap terasa.

Pemilik suara ini begitu baru dia kenali. Nasrul bersoal tanya di dalam hati mengenai mengapa begitu berani gadis ini menerjah kamarnya, di malam sunyi seperti ini? Jam sudah menunjukkan pukul 3pagi, apakah yang gadis ini mahukan darinya? Namun kesakitan melarat mengunci kuat bibirnya dari mengeluarkan kata-kata.

Gadis ini mengarahkannya duduk dengan tegak, bersandar di kepala katil dan mengajarnya bernafas perlahan-lahan. Sekali dia suakan pam 'inhealer' di tangan Nasrul tadi ke mulut lelaki itu lalu dituntun lagi nafasnya. Dua kali disuakan lagi pam 'inhealer' hampir ke mulut Nasrul, lama-kelamaan mulai lega.

"Dah okay?"tanya si gadis yang kemudian dibalas dengan reaksi hanggukkan kepala sahaja oleh Nasrul. Melemparkan senyuman lalu gadis itu terus meninggalkan Nasrul sendirian.


***


Alarm di telefon bimbit Nokia 5200 Sakinah menjerit memecah pintu lamunan mimpinya. Rutinnya, Sakinah terus bangkit mengambil sesuci wuduk untuk menunaikan solat subuh. Seusai solat subuh, Sakinah berdoa demi kesejahteraan hidupnya kemudian disambung pula dengan bacaan Surah Yaasiin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Siapa yang membaca Surah Yaasiin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi" -(Hadis Riwayat Ad-Darimi)

Belum sempat pun Sakinah menamatkan bacaannya, kedengaran sedikit riuh di bilik sebelah, iaitu bilik abang serta kakak iparnya. Suara riuhnya tidak menyenangkan hati Sakinah. Sesekali bahunya terhincut ke atas dek tersentak bunyi hentakkan dari bilik sebelah. Tidak lama kemudian pintu bilik Sakinah terkuak, ada tubuh tinggi sasa di pintu itu sedang memerhatikan Sakinah yang masih duduk setia di hampar sejadah menghadap satu kiblat yang sama.

"Sakinah tak nak ikut abang!"nada sedikit meninggi.
Pintu ditinggalkan terbuka. Tubuh sasa itu pergi meninggalkan Sakinah. Tanpa pamit, abangnya memandu Grand Livina mengaum sekuat mungkin lalu hilang dicelah-celah kesucian subuh. Sakinah tahu apa yang berlaku. Sakinah bukan budak kecil yang boleh dibohongi sewenangnya. Sakinah tahu apa kurangnya abang. Sedari kecil hidup sebumbung, hanya Jauhari yang bisa mengenal Manikam.

Desa yang masih menghijau. Nyanyian burung seirama dengan deruan air sungai mengalir tenang. Namun dilubuk hati entah siapa yang mengetahui. Jeti ini cukup sunyi. Sakinah menikmati keindahan sekeliling. Perjalanan menuju ke tepi jeti yang memaksanya mengharungi kebun-kebun sawit keindahan permai desa ini terkadang mendetik kegerunan lantaran kawasan kebun-kebun sawit ini luas dan sunyi. Teringat akan Sakinah mengenai kes-kes jenayah rogol dan bunuh yang pernah terpampang di dada akhbar yang mengaitkan kawasan kebun sawit sebagai tempat kejadian! Aduh! Untung perginya tadi bersama kakak ipar beriringan dengan orang kampung yang ingin pergi ke kebun masing-masing.

"Kak... malam tadi Nasrul sakit,"khabarnya.
"Dia tak apa-apa ke?"si kakak yang tadi asyik merenung jauh ke sungai yang mengalir kini mengalihkan pandangan ke wajah Sakinah yang melontarkan pertanyaan. Si kakak menepuk peha Sakinah lembut.

"Nampak macam teruklah, kak. Tak nak bawa dia ke hospital?"
"Dia memang macam tu. Dulu akak dah puas pujuk dia. Mak akak sampai menangis-nangis peluk dia. Waktu tu mulanya dia cuma demam. Tak sangka pula sampai melarat macam tu,"
"Kak.. asma boleh bawa maut tau!"
"Hurm... "terdiam sepi.

Sebenarnya dia tahu adiknya itu tidak mahu menyusahkan orang lain. Dalam diri Nasrul hanya ingin membahagiakan sebagaimana dia patut membahagiakan orang lain sejak dulu lagi. Dan sebagaimana Nasrul amat terkilan untuk membahagiakan Siti Fatimah satu ketika dulu, kerana itu ditatang Siti Fatihah bagaikan minyak yang penuh.

"Sakinah sayang Nasrul?"
"Kak!"
"Jujur dengan akak. Sakinah mahukan Nasrul?"
"Kak... Nasrul hanya wajah yang serupa. Cinta Sakinah masih utuh pada Yusuf!"
"Tapi Yusuf dah tak ada!"
"Sebagaimana akak tak dapat membohongi Sakinah yang akak masih ingat pada Amirul, begitu juga Sakinah!"
"Kak.. kalau benar Nasrul pasangan hidup untuk Sakinah, Sakinah berdoa sesungguhnya agar cinta ini untuk Nasrul. Bukan pada bayangan Yusuf,"
"Entahlah dik. Dah hampir empat tahun peristiwa itu berlaku. Bukan akak tak sayang pada suami akak. Tapi..."

Sakinah mulai berminat mengetahui lebih mendalam mengenai masalah kakak iparnya. Begitu juga persoalan mengenai peristiwa pertengkaran subuh tadi yang sebenarnya sudah berulang banyak kali sebelum ini.

"Abang tak pernah sentuh kakak,"tertunduk kesal.

Beginilah yang terjadi andai kenikmatan berumahtangga tidak berjaya dikecapi bersama. Lantaran setiap pasangan yang mendirikan masjid itu pasti menginginkan zuriat pengikat erat kasih sayang, pelengkap keluarga. Sungguh dapat Sakinah bayangkan betapa rindunya kakak akan tangisan bayi memecah kesunyian hidupnya.

Sebaik pulang dari jeti, kelihatan Nasrul duduk di tepi kolam ikan bersebelahan rumahnya. Fatihah langsung tidak kelihatan bersamanya. Mungkin ada bersama Makcik Jah, ibu Nasrul dan Kak Shila. Kak Shila mematikan enjin motorsikal Modenas Kriss biru lalu kuncinya digenggam erat. Berhati-hati Sakinah turun dari motorsikal itu kemudian diikuti pula oleh Kak Shila. Kedua-duanya bergerak menuju pintu rumah, membuka selipar masing-masing dan disusun elok-elok di tempat rak kasut.

"Kinah.."hanya kedengaran hujung namanya dipanggil.
Sakinah terhenti sebentar sebelum mengorak langkah menghampiri Nasrul. Soalan bertimpa-timpa dihatinya. Takut dimarahi, namun digagahi jua. Wajah Nasrul yang aslinya berkulit cerah itu mempamerkan keindahan. Bibirnya ketika ini kelihatan pucat sedikit dari biasanya. Sudah pastinya. Bukankah dia masih tidak begitu sihat. Sakinah kini sudah berada benar dihadapan Nasrul yang hanya duduk bertinggung di batu-batu berhampiran kolam ikan buatan sendiri.

"Kenapa semalam Kinah masih bilik abang?"
"Makcik cakap abang nak keluar tengok kedai. Lagi pun abang belum makan malam,"
"Apsal masuk tak ketuk pintu dulu?"
"Abang tak tutup pintu!"
"Kenapa tak minta izin?"
"Nak minta izin dengan siapa lagi?!"
"Tak tahu malu, masuk bilik lelaki!"
"Makcik yang suruhlah! Menyampah betul!"
"Banyaklah alasan!"
"Kalau Sakinah tahu macam inilah perangai abang, Sakinah tak ingin nak masuk bilik abang. Biar mati kering!!"

Hatiku sakit betul! Mengapa begitu teruk sekali layanannya terhadapku? Begitu rendahkah martabatku hingga dipandang hina olehnya? Benar-benar sakit ibarat Yusuf yang amatku cintai yang memperlakukan aku seperti ini.

Aduhai Yusuf.. mengapa teganya kau meninggalkan aku? Ya ALLAH, mengapa KAU ambil Yusuf dariku? Tatkala mulai membina impian menghampiri gerbang syurga dunia. Ya ALLAH... sungguh ketiadaannya meragut jiwaku. Sungguh aku merinduinya. Ya ALLAH... mengapa duri Nasrul yangku terima? Andai Nasrul yang Engkau berikan sebagai pengganti Yusuf, mengapa aku dihina sebegini? Duri ini amat menyakitkan, Ya ALLAH. Sungguh aku tidak terdaya menahan semua ini. Sungguh tidak dapatku telan pemergian Yusuf. Sungguh tidak dapatku mamah layanan hambar insan bernama Nasrullah.

Usai solat Isyak, Sakinah mengelamun sambil duduk berhampiran kolam ikan. Matanya melihat ke langit, rembulan purnama namun hakikatnya entah menerawang kemana. Maghrib tadi hujan turun rintik-rintik menjadikan malam agak dingin. Cincin itu sudah tidak dipakai ke jari. Digenggam erat sambil membiarkan wajahnya dilimpahi cahaya bulan. Sesekali dia tertunduk ke tanah kemudian merenung ke langit lagi.

Terimbau kembali ingatannya sewaktu pertama kali mengenali Yusuf. Ketika itu Sakinah masih belajar dalam semester ketiga di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Segamat. Mengambil diploma jurusan Juruteknik Sistem Komputer. Sakinah yang menghabiskan cuti hujung minggunya di kampung mengambil keputusan tergesa-gesa untuk pulang ke kolej pada malam itu juga. Pada petangnya, hari Ahad, Sakinah berharap-harap agar masih ada tiket untuknya. Namun hampa. Puas di tawaf keliling kaunter bagi mendapatkan tiket bas ke destinasi yang diinginkan namun tidak juga berhasil. Dikuatkan juga semangatnya. Tidak mengapa walau terpaksa menaiki bas sambung-sambung dari Melaka ke Segamat asalkan dapat pulang ke kolej hari itu juga. Lalu dinaiki bas sambung dari Melaka Central ke Bandar Maharani kemudian terpaksa mengambil bas lain untuk ke Segamat. Namun nasib Sakinah hari itu malang sekali apabila dia terkandas di Pekan Tangkak. Alasannya, sudah petang begini bas hanya sampai di Tangkak sahaja.

Jam di tangan menunjukkan pukul 5 petang. Puas dihubungi rakan-rakan yang mempunyai kenderaan untuk menjemputnya di perhentian bas Pekan Tangkak namun tiada seorang pun yang sudi tampil membantu. Sakinah hampa. Hampir sahaja dia ingin menangis, ketika itu Yusuf datang mendekatinya.

"Assalamualaikum... awak ni nak balik Segamat?"
"Wa'alaikumussalam.. ya saya,"
"Tapi waktu-waktu macam ni mana ada bas lagi. Teksi pun susah dapatlah,"menambahkan kekesalan dihati Sakinah.
"Entahlah, saya pun tak tahu. Saya bukan orang sini,"
Sesungguhnya inilah pertama kali Sakinah menjejakkan kaki di Pekan Tangkak. Menaiki bas sambung-sambung dengan nekadnya ini pun atas ihsan orang yang membantu menunjukkan jalan.

Lalu Yusuf mempelawa dirinya untuk menghantarkan Sakinah ke tempat yang dituju. Pucuk dicita, ulam yang mendatang. Entah mengapa tanpa sebarang keraguan, Sakinah meluru masuk ke perut kereta Proton Saga Yusuf. Mungkin kerana terlalu ingin cepat pulang ke kolej, Sakinah tidak langsung kuatir mengenai keselamatan dirinya. Sedangkan Yusuf itu tidak pernah dikenalinya. Namun ternyata Yusuf seorang lelaki budiman. Sakinah selamat sampai di perkarangan kolej. Yusuf yang bimbang akan keselamatan Sakinah memberikan nombor telefonnya andai gadis itu ketinggalan bas atau terkandas di stesen bas Pekan Tangkak sekali lagi.

Lama kelamaan hubungan mulai akrab. Dari sekadar niat ikhlas membantu sesama Islam, akhirnya tercipta musim bunga yang berkembangan indah. Yusuf yang bekerja sebagai guru agama di sekolah rendah akhirnya memberanikan diri ingin mengikat gadis pilihan hatinya dengan ikatan pertunangan. Namun belum sempat pepohon berbuah, putik-putik bunga telah berguguran. Yusuf pergi menghadap Ilahi sejurus selepas baru sehari cincin pertunangan disarungkan ke jari. Lalu yang tinggal kini hanya benih cinta yang tidak menjadi.

Tubuh tinggi lampai itu bergerak laju. Meluru masuk ke kamar beradunya lalu terus berteleku pegun di katil. Benih-benih air mata yang berjuraian bagaikan asbab kebanjiran melanda dihatinya. Lalu segala bunyi mahupun apa yang terjadi langsung tidak diambil peduli.


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang kapal
Dan layar terkapai

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan.. layarkanku ke arah cintaMU
Tuntuniku menggapai redhaMU
Rimbunan kasihMU ku berteduh
kepadaMU ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan...


Lagu Layar Keinsafan pun berdendang memecah kesunyian malam. Ya... malam yang benar sepi. Bukannya senja yang mendatang menghampiri. Lalu telah sekian lama layarku terkapai. Perlayaran yang gusar. Takut-takut bencana yang datang. Namun tidak sedar perjalanan mengundang malapetaka lebih besar.

Ya ALLAH... Ya Tuhanku. Mengapa pantas jauhku menjauhi Engkau, kembali semula aku padaMU, masihkah hidupku Engkau redhai? Sungguh aku yang melupaiMU kini sujud kembali memohon ampunanMU, Ya Robbi. Aku yang melupaiMU, tidak pula Engkau benci padaku. Sungguh benar jelas Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMU.

Si kecil Nokia 5200 dicapai sejak sekian tadinya membingitkan suasana yang tanpa disedari. Menekan punat-punat kekunci telefon bimbit dengan malasnya, terpapar SMS yang datangnya entah dari siapa. Kelihatan nombor telefon si penghantar SMS tidak biasa dilihatnya sebelum ini. Lalu terputik tanda tanya yang kemudian kian bersarang di kotak akal kewarasannya.

Tepat pukul 2.30ptg, beri Fatihah susu!

Ringkas. Ayat suruhan yang baru diterimanya; nada agak lurus. Tergambar perwatakan si pengirim SMS. Nasrul!! Ya... sudah pasti. Masakan ibu Nasrul yang lemah lembut dan penyabar itu yang mengirimkan SMS ini? Lebih-lebih lagi Mak Jah ada di rumah, tak mungkin berjalan 2-3 tapak ke biliknya pun tak mampu sehinggakan harus berutusan SMS? Tambahan pula, pandaikah Mak Jah berutusan SMS? Hati tersenyum.

Barakallahu Lakuma


About Me

My photo
seorang anak yang mendambakan dirinya menjadi anak yang solehah.. seorang perempuan yang mendambakan dirinya menjadi isteri solehah.. seorang manusia yang mendambakan dirinya menjadi ibu mithali.. insyaALLAH, mohon ALLAH berkati..

Blog Archive